JOHOR BAHRU: Dua pelajar pendidikan khas membuktikan masalah pembelajaran bukan halangan untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Semangat dan kegigihan yang tinggi dua pelajar tersebut, Muhammad Haziq Han Hamzah dan Joelson Jefri, masing-masing berumur 16 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2 berjaya mencipta lampu hiasan daripada botol plastik terpakai diberi nama ‘Fairy Lamp’. Guru pembimbing, Nurfarahiyah Mahmud berkata, walaupun menghadapi masalah pembelajaran, dua pelajar tersebut amat kreatif…