Bantu ibu niaga ikan masin, belacan

Bantu ibu niaga ikan masin, belacan

NURUL Batrisya Mohd Azmi (kanan) mengisi masa lapang cuti sekolah dengan menolong ibunya berniaga ikan masin dan belacan di Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus, Kuala Nerus, Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun memanfaatkan musim cuti persekolahan dengan membantu ibunya menjalankan perniagaan ikan masin dan belacan di Kampung Pangkalan Maras, di sini.

Ibunya, Nurul Hidayah Arif, 42 berkata, anak sulung dari tiga beradik itu, Nurul Batrisya Mohd Azmi sentiasa ringan tulang membantunya menjemur ikan masin dan belacan sejak kecil.

“Saya tak pernah halang kalau dia membantu saya di kedai dengan membuat kerja-kerja ringan seperti membungkus ikan atau menjaga jemuran ikan masin serta belacan.

“Ini adalah satu proses pembelajaran juga kerana saya suka mengaitkan tugasan tersebut dengan asas matematik seperti pengiraan masa dan congak yang mudah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Pantai Tanjung Batu Rakit di sini, semalam.

Ketika ini, Nurul Hidayah dibantu dua ahli keluarga lain untuk menyiang ikan segar dan memprosesnya menjadi ikan masin di gerainya terletak di pantai Batu Rakit.

Menurutnya, walaupun Nurul Batrisya suka melakukan kerja-kerja tersebut, anaknya itu tetap meluangkan masa bermain dengan rakan-rakannya dan berehat pada waktu ter­tentu.

“Kalau ada kawannya yang tinggal berhampiran datang ke kedai untuk bermain, dia leka sekejap dengan pelbagai aktiviti fizikal yang sesuai untuk usia mereka.

“Selalunya saya berikan sedikit upah sebagai ganjaran atas penat lelahnya membantu saya di kedai dan itu memang sangat menggembirakannya kerana boleh membeli apa-apa barangan yang diidamkan.

“Kehadirannya juga di kedai boleh diibaratkan seumpama penyeri kerana ramai pelanggan yang berbual dengannya dan seronok melihat anak kecil membantu keluarga berniaga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×