PUTRAJAYA: Nilai keseluruhan anggaran kerosakan disebabkan bencana banjir besar yang melanda seluruh negara sehingga kini sudah mencecah RM177,243,277.00 melibatkan 15,456 orang terkesan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sejumlah 28,245 hektar kawasan pertanian terjejas dengan sektor padi paling teruk terkesan merangkumi 13,764 individu dengan keluasan sawah iaitu 27,742 hektar. Katanya, anggaran kerugian pula hampir RM160 juta dan pihak kementerian sedia menawarkan bantuan tunai mengikut umur padi…










