43 mangsa banjir di Kelantan masih berlindung di PPS

43 mangsa banjir di Kelantan masih berlindung di PPS

PENDUDUK Kelantan yang terjejas dengan banjir sebelum ini mula membersihkan kawasan rumah mereka selepas air surut sepenuhnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri ini semakin pulih apabila hanya 43 mangsa masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) To’Deh, Rantau Panjang dekat sini hari ini.

Kesemua mangsa ini merupakan penduduk dari Kampung Bendang Perol selepas penempatan mereka masih ditenggelami banjir.

Jurucakap InfoBencanaJKM berkata, kesemua mangsa yang terlibat itu terdiri daripada 12 buah keluarga.

“Mangsa yang masih ditempatkan di PPS itu terdiri daripada 17 lelaki, 16 wanita dan 10 kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, laman web Public Info Banjir melaporkan, paras Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dan Sungai Semerak, Pasir Puteh  ketika ini berada pada paras waspada.

Lain-lain sungai utama Kelantan mencatatkan bacaan normal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN