HULU TERENGGANU: Seorang warga emas bergenang air mata melihat semaian anak pokok balak diusahakannya dipenuhi lumpur selepas pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir melanda daerah ini, minggu lalu. Tijah Ali, 70, dari Kampung Kuala Jeneris di sini berkata, kejadian banjir paling teruk direkodkan dalam tempoh 80 tahun di kampung itu menyebabkannya berisiko kerugian kira-kira RM15,000 ekoran banyak anak pokok rosak. Katanya, sebanyak 12,000 anak pokok meranti tembaga, meranti punai dan rambai daun baharu sahaja disemai dan ditanam bulan lalu dan dijangka dapat dijual Februari depan. “Anak-anak pokok ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya