SAO PAULO: Sebuah pesawat ringan yang membawa 10 penumpang merempuh kedai di tengah bandar pelancongan Gramado di selatan Brazil, semalam. Gabenor Eduardo Leite dalam hantaran di X berkata, laporan awal menunjukkan semua penumpang pesawat itu terkorban. Menurut pejabat keselamatan awam negeri Rio Grande do Sul, sekurang-kurangnya 15 orang dibawa ke hospital, kebanyakan mengalami sesak nafas akibat asap yang disebabkan oleh kebakaran berpunca daripada nahas itu. Pesawat itu dilaporkan terlebih dahulu…










