PASIR MAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas menafikan mesej yang tular di aplikasi WhatsApp hari ini berkaitan empat individu ditemukan mati dalam sebuah rumah di sini.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata hasil semakan yang dilakukan melalui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Pusat Kawalan Operasi Bersepadu (PKOB) pihaknya tidak menerima maklumat sebagaimana ditularkan itu.
“Setakat ini semakan saya di PKTK dan PKOB tiada maklumat tentang perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini sebenar tadi.
Terdahulu, tular tangkap layar mesej tersebut yang tertera empat individu mati di dalam rumah di Pasir Mas.
Menurut maklumat tangkap layar itu, satu mayat telah berjaya dibawa keluar manakala tiga lagi tersekat.
Kata maklumat itu lagi, salah seorang mangsa adalah bayi.-UTUSAN