Struktur semula PBB, Bank Dunia, IMF – Sultan Nazrin

Struktur semula PBB, Bank Dunia, IMF – Sultan Nazrin

SULTAN Nazrin Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Festival Idea Putrajaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, semalam.– UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) perlu di­struktur semula supaya ia dapat memainkan peranan lebih cekap dalam menangani pelbagai isu global ketika ini, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Sultan Nazrin bertitah, institusi dan badan global itu dilihat masih beroperasi dengan peraturan lama dalam tadbir urus global yang dicipta pada masa itu.

“Walaupun persekitaran geopolitik dan ekonomi sudah berubah sejak 1945 namun, kita hidup dalam dunia yang lebih multipolar sekarang dan struktur tadbir urus yang lama.

“Kita semua hidup dalam satu planet iaitu dalam kawasan bersama sumber dunia. Jika krisis global besar yang memberi kesan kepada kita semua seperti perubahan iklim, ia mesti ditangani dengan adil dan berkesan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja bertajuk ‘Rethinking Development Ideas’ sempena Festival Idea Putrajaya, di sini semalam.

Sultan Nazrin bertitah, ba­ginda percaya, apa sahaja pe­ndekatan diambil dalam konsep pembangunan di mana-mana negara, ia mesti berteraskan kepada prinsip utama, iaitu kesalinghubungan, pembangunan berpaksikan rakyat, tanggungjawab terhadap alam sekitar dan kesaksamaan serta keadilan.

Titah baginda, setiap tindakan memberikan kesan yang melangkaui sempadan negara dan masalah yang dihadapi satu negara tidak boleh lagi di­lihat secara berasingan.

“Perang yang meletus di satu benua memberi kesan kepada benua lain dan pembakaran bahan api fosil di satu hemisfera akan menyumbang kepada impak iklim di sebelah dunia yang bertentangan.

“Ini bermakna kita mesti mengamalkan pendekatan menyeluruh terhadap pembangunan yang mengambil kira kesa­linghubungan manusia, budaya dan ekosistem, dan dengan itu , pergantungan antara kita,” titah baginda.

Titah baginda lagi, dalam prinsip pembangunan berpaksikan rakyat, ia bukan semata-mata mengenai pendapatan tetapi kebebasan yang dimiliki setiap orang untuk mencapai tujuan yang bernilai.

Prinsip tanggungjawab terhadap alam sekitar, titah ba­ginda, mengiktiraf bahawa ke­­sihatan dan kesejahteraan ti­dak dapat dipisahkan daripada ke­sihatan planet dan dunia tidak boleh terus dibangunkan de­ngan mengorbankan generasi akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×