Russia henti hantar gas ke Austria

Russia henti hantar gas ke Austria

GAMBAR menunjukkan menara pengeringan gas di pusat pengedaran Gas Connect Austria (GCA) di Baumgarten, kira-kira 40 kilometer di timur Vienna.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Russia memberitahu Austria bahawa ia menggantung penghantaran gas melalui Ukraine mulai Sabtu, menandakan berakhirnya aliran gas terakhir Moscow ke Eropah.

Laluan eksport gas tertua Russia ke Eropah, saluran paip sejak zaman Soviet melalui Ukraine, akan ditutup pada akhir tahun ini.

Ukraine berkata, ia tidak akan melanjutkan perjanjian transit dengan Gazprom milik negara Russia, untuk menghalang Moscow daripada memperoleh keuntungan yang Kyiv dakwa digunakan bagi membiayai perang menentangnya.

Canselor Austria, Karl Nehammer berkata, notis penamatan bekalan Gazprom dijangka sejak lama dan Austria sudah membuat persediaan untuk menghadapinya.

“Tiada rumah yang akan menjadi sejuk… kemudahan simpanan gas cukup penuh,” katanya kepada wartawan, kelmarin.

Menteri Luar Ukraine, Andrii Sybiha dalam hantaran di platform X berkata, tindakan Russia menunjukkan negara itu sekali lagi menggunakan tenaga sebagai senjata.

Bagaimanapun, beliau percaya Austria akan mencari alternatif lain untuk memastikan keselamatan tenaga dan menolak pemerasan.

“Era Eropah bergantung kepada gas Russia sudah berakhir.

“Kini tiba masanya untuk mengurangkan sepenuhnya keuntungan tenaga Russia dan pembiayaan perang,” kata Sybiha.

Penggantungan gas Moscow untuk Austria, penerima utama gas melalui Ukraine, bermakna Russia kini hanya membekalkan jumlah gas yang besar kepada Hungary dan Slovakia.

Hungary menerima gas melalui saluran paip yang sebahagian besarnya melalui Turkiye.

Sebelum pencerobohan Russia terhadap Ukraine pada 2022, Moscow memenuhi 40 peratus keperluan gas Kesatuan Eropah.– REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN