KOTA BHARU: Bilangan remaja termasuk yang masih belajar terlibat dalam aktiviti seksual sebelum berkahwin serius apabila Kelantan menjadi negeri tertinggi penglibatan tidak bermoral tersebut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim mendedahkan Kelantan mencatat lebih 9.5 peratus kelaziman pernah melakukan hubungan seksual dalam kalangan remaja di negara ini, diikuti Sarawak (9.1 peratus) dan Pulau Pinang (8.9 peratus). Katanya, angka-angka tersebut adalah dapatan daripada…