ALOR SETAR: Kerajaan negeri menjangkakan unsur nadir bumi (REE) akan mula menjadi sumber pendapatan baharu Kedah tahun depan, susulan mengesan kewujudan mineral itu di tapak milik sebuah anak syarikat kerajaan negeri (GLC). Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tapak itu tidak terletak dalam kawasan hutan simpan sekali gus tidak terikat dengan polisi nombor 12 Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang tidak menyokong sebarang usaha perlombongan dalam…