JERANTUT: Lebih 2,000 peneroka di lima tanah rancangan Felda di daerah ini membantah kewujudan pusat timbang sawit swasta di persimpangan Felda Kota Gelanggi di sini yang menimbulkan persoalan penduduk di situ. Difahamkan, kewujudan pusat timbang itu tidak signifikan kerana peneroka Felda di Kota Gelanggi 1, 2 dan 3 serta Felda Jengka 8 dan Jengka 10 menjual sawit di kilang Felda yang menyediakan resit kepada mereka. Bagi anak syarikat kerajaan negeri…