ALOR SETAR: Seorang pengawal keselamatan dipenjara 12 bulan dan denda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret bagi kesalahan mencuri wang tunai RM200,000, minggu lepas. Majistret Siti Nurhidayah Mohd. Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhd. Fairul Fizree Abdul Hamid, 38, yang mengaku bersalah dan disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa secara bersama mencuri wang tunai RM200,000 dalam milikan majikan mereka iaitu syarikat Kawal Wiramas…