WASHINGTON: Kira-kira 30,000 undi pos dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) di Milwaukee, Wisconsin, akan diproses semula sebagai langkah berjaga-jaga, setelah mendapati beberapa pintu mesin pengiraan tidak ditutup sepenuhnya. Jurucakap bandar, Jeff Fleming berkata, isu dengan mesin tersebut berpunca daripada kesilapan manusia dan mengesahkan tiada bukti gangguan. “Terdapat perbincangan dengan pegawai pilihan raya di sini, berunding dengan pihak di Madison dan peguam, maka untuk memastikan tiada sebarang keraguan, maka…










