KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 6 Februari depan untuk keputusan permohonan pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang menentukan sama ada Seksyen 298 Kanun Keseksaan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Hakim K. Muniandy menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah pihak terlibat, di sini semalam. Pada 14 Jun lalu, pengarah filem itu, Mohd. Khairianwar Jailani, 32, dan penerbitnya, Tan Meng Kheng, 37, dibenarkan merujuk kepada Mahkamah Tinggi berhubung keabsahan seksyen tersebut yang didakwa…