JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri menegaskan bahaya jika pilihan raya umum (Pemilu) termasuk pilihan raya wilayah (Pilkada) serentak 2024, dimanfaatkan sebagai alat untuk mengekalkan atau merebut kuasa. Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) itu berpandangan, amalan demikian boleh merosakkan intipati demokrasi yang sepatutnya berpihak kepada rakyat. “Pilkada adalah cerminan tamadun negara. Dalam Pilkada ini, saya selalu mengatakan bahawa suara rakyat adalah suara Tuhan, vox populi vox dei. “Ungkapan…










