SETIU: Tuah mencuba resipi kuih tepung pelita yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia membolehkan seorang peniaga meraih pendapatan RM5,000 sebulan hasil jualan kuih tradisional itu sejak 17 tahun lalu. Malah kuih tepung pelita air tangan, Wan Som Wan Ismail, 60, dari Kampung Teluk Tasik, di sini, turut menjadi rebutan. Wan Som berkata, dia menemukan resipi kuih traditional itu secara tidak sengaja selepas membaca surat khabar lama dan timbul keinginan untuk…