KAJANG: Polis menahan seorang lelaki dipercayai mengamuk dan menghambur kata-kata kesat serta menendang dinding kaunter tol di plaza tol berhampiran Jalan Batu 9, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abd. Yusof berkata, pihaknya mengesan video tular di Facebook pada 11.13 pagi semalam memaparkan kejadian pertengkaran pengguna jalan raya di plaza tol terbabit. Video itu menunjukkan seorang lelaki keluar dari kenderaan dan terus ke kaunter tol sambil…