Korea Selatan dakwa gangguan GPS punca dari Pyongyang

Korea Selatan dakwa gangguan GPS punca dari Pyongyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan mendakwa mengenal pasti lebih 300 gangguan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) yang dipercayai dilakukan oleh seteru lama mereka, Korea Utara bulan ini.

Namun, tiada isu atau kerosakan besar berlaku akibat insiden tersebut.

Kementerian Sains dan ICT Korea Selatan menuduh Utara sebagai punca kepada 331 kes gangguan GPS yang dilaporkan sepanjang bulan ini, lapor Yonhap News.

Menurut kementerian, pihaknya secara konsisten mengesan gangguan radio yang berpunca dari kawasan Kaepung dan Haeju di Korea Utara, melibatkan isyarat gangguan yang disasarkan dalam jalur frekuensi serta mengganggu penggunaan isyarat GPS.

Daripada 331 gangguan yang direkodkan dalam tempoh 10 hari pertama bulan November, sebanyak 279 kes menyasarkan pesawat manakala 52 lagi melibatkan kapal namun, tiada kerosakan dilaporkan akibat gangguan ini, tambah kementerian itu.

Kementerian tersebut turut menyatakan mereka mengendalikan sistem pemantauan berterusan bersama kementerian tanah dan maritim bagi memastikan keselamatan perjalanan udara dan laut.

Sabtu lalu, Seoul menuntut agar Pyongyang segera menghentikan provokasi GPS itu.

Pada Jun, Korea Selatan telah membawa isu gangguan GPS yang berulang kali dilakukan oleh Korea Utara kepada tiga agensi antarabangsa iaitu Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), dengan harapan tindakan wajar diambil terhadap provokasi tersebut.

Korea Utara merupakan anggota ITU, ICAO dan IMO.

Ketegangan di Semenanjung Korea semakin meningkat susulan pelancaran peluru berpandu terbaru oleh Korea Utara dan Korea Selatan serta latihan ketenteraan bersama antara Seoul dan Washington. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×