PETALING JAYA: Hentikan sebarang spekulasi terhadap keputusan penarikan balik prosiding Allahyarham Tun Daim Zainudin.
Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, nama beliau sudah pun dibersihkan Mahkamah Sesyen apabila memerintahkan Allahyarham dilepas dan dibebaskan semalam.
Justeru orang ramai dinasihatkan supaya jangan lalu emosi dengan keputusan Peguam Negara yang menarik balik prosiding terhadap Allahyarham.
“Kuasa untuk memula, menerus dan memberhenti prosiding jenayah adalah di tangan Peguam Negara (yang juga Pendakwa Raya) menurut Perlembagaan Persekutuan. Bagaimana mahkamah hendak meneruskan prosiding dengan kematian Tun Daim? Jika mahkamah memutuskan diakhir pendakwaan Tun Daim perlu membela diri bagaimanakah pembelaan itu dapat dilakukan.
“Jika sebaliknya mahkamah akan membebaskan Tun Daim yang sebenarnya telah bebas dari urusan dunia. Begitu juga hukuman yang hendak dilaksanakan jika Tun Daim didapati bersalah, bagaimana hendak dilaksanakan?,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sebelum itu, Mahkamah Seksyeni melepas dan membebaskan Allahyarham Tun Daim Zainuddin atas pertuduhan gagal mengisytiharkan harta selepas bekas Menteri Kewangan itu meninggal dunia, minggu lalu.
Hakim Azura Alwi memerintahkan demikian mengikut Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah selepas pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan prosiding selepas tertuduh meninggal dunia.