RANTAU PANJANG: Hampir 400 pelajar yang tinggal di Thailand dan berulang alik dengan perahu menyeberangi Sungai Golok memilih untuk bersekolah di sini kerana mereka adalah warganegara Malaysia. Utusan Malaysia difahamkan, kira-kira 150 daripada mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) di bawah selian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selebihnya, mengikuti pengajian di Sekolah Menengah Ugama selian Yayasan Islam Kelantan (YIK). Difahamkan, perkahwinan antara penduduk Malaysia dan Thailand,…










