NEW DELHI: Pengawal pantai India merampas sebuah kapal Myanmar yang membawa 5,500 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine di Laut Andaman, menjadikannya rampasan dadah terbesar dalam sejarah negara itu. Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan India, bot nelayan yang berdaftar di Myanmar, Soe Wai Yan Htoo, dikesan oleh pasukan peronda udara Pengawal Pantai India di Laut Andaman pada Isnin lalu kerana beroperasi dalam keadaan mencurigakan. Pihak berkuasa menaiki bot untuk siasatan, apabila ia…










