PETALING JAYA: Pas lebih layak dan sesuai mengemudi Perikatan Nasional (PN) berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Penganalisis politik Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, ini disebabkan kepercayaan yang semakin menghakis dalam kalangan rakyat dan akar umbi sehingga menyebabkan sokongan kepada Bersatu semakin lemah ketika ini. Malah katanya, dengan melihat situasi terkini, kadar kebergantungan Bersatu terhadap Pas lebih jelas selepas timbul…










