NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) memulangkan lebih 1,400 artifak yang dicuri bernilai AS$10 juta (RM44.7 juta) kepada India, sebagai sebahagian daripada inisiatif mengembalikan karya seni yang dirampas dari negara-negara Asia Selatan dan Tenggara. Pejabat Peguam Daerah Manhattan dalam satu kenyataan memaklumkan, artifak yang dipulangkan termasuk barang rampasan yang sebelum ini dipamerkan di Muzium Seni Metropolitan New York. Antara yang dipulangkan ialah patung batu pasir seorang penari celestial yang diseludup dari…










