FLORIDA: Angkasawan yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) mencetuskan kebimbangan mengenai penurunan berat badan selepas mereka hanya bertahan dengan sup dibuat daripada air kencing yang dikitar semula. Butch Wilmore, 61, dan Sunita Williams, 59, sepatutnya menghabiskan lapan hari di angkasa apabila mereka berlepas pada Jun lalu. Bagaimanapun, kedua-duanya terkandas apabila kapal Boeing Starliner yang sepatutnya membawa mereka kembali ke Bumi mengalami kerosakan dan kebocoran helium. Wilmore dan Williams terpaksa…










