KLANG: Hujan berterusan dan lebat berkala di Meru, di sini sejak petang kelmarin sehingga pagi semalam menyebabkan banjir di jalan-jalan utama termasuk Persiaran Hamzah Alang yang menghubungkan kawasan itu dengan Kapar. Penduduk mendakwa, hujan renyai bermula pada waktu pagi, kemudian mulai lebat kira-kira pukul 3.30 petang dan berlarutan lebih dua jam menyebabkan air Sungai Binjai melimpah dan masuk ke ribuan rumah penduduk. Menurut, Nurul Ariffah Karmarozaman, 28, keadaan hujan sedemikian…










