Sekolah Yahudi di Kanada jadi sasaran tembakan kali kedua

Sekolah Yahudi di Kanada jadi sasaran tembakan kali kedua

SEKOLAH di kawasan North York di Toronto menjadi sasaran dalam kejadian sama pada Mei.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL: Sebuah sekolah Yahudi di Toronto, Kanada sekali lagi menjadi sasaran tembakan semalam, sekaligus merekodkan insiden kedua dalam tahun ini.

Kejadian berlaku ketika serangan anti-Semitik semakin meningkat sejak permulaan perang Israel terhadap Gaza, lapor AFP.

Menurut pihak berkuasa, tiada kecederaan dilaporkan selepas tembakan dilepaskan dari sebuah kenderaan sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan) di sekolah perempuan Bais Chaya Mushka, namun kerosakan pada tingkap dilaporkan.

Sekolah di kawasan North York di Toronto menjadi sasaran dalam kejadian sama pada Mei, dan polis percaya kedua-dua insiden ini berkaitan.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengaku ‘terganggu’ dengan insiden itu, yang berlaku ketika masyarakat Yahudi sedang menyambut hari agamanya, Yom Kippur.

“Sementara kami menunggu butiran lanjut, hati saya tertumpu kepada pelajar, kakitangan dan ibu bapa yang pasti ketakutan.

“Anti-Semitisme adalah bentuk kebencian yang menjijikkan dan berbahaya – dan kami tidak akan membiarkan perkara ini berlarutan,” kata Trudeau dalam catatan di X.

Menurut laporan diterbitkan pada Mei oleh pertubuhan Yahudi, B’nai Brith Canada, tindakan anti-Semitik meningkat lebih dua kali ganda di negara itu antara 2022 dan 2023.

Pada November tahun lalu, sebuah sekolah Yahudi di Montreal turut merekodkan insiden tembakan sebanyak
dua kali dalam seminggu, namun tiada kecederaan atau mangsa dilaporkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN