BEIRUT: Hezbollah melancarkan roket ke bandar Haifa sementara Hamas berikrar untuk bangkit semula ketika Israel semakin ‘galak’ meluaskan serangannya ke Lubnan. Hamas, yang menyaksikan wilayah Gaza pimpinannya dihancurkan oleh perang Israel, berikrar untuk kembali seperti ‘burung phoenix’ walaupun mengalami kerugian besar daripada pertempuran selama setahun. Pemimpin Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal berkata, kumpulan itu akan bangkit semula dan terus merekrut pejuang baharu serta mengeluarkan senjata. “Sejarah Palestin dibuat daripada kitaran.…