Netanyahu 'raksasa' ciptaan Amerika, EU

Netanyahu ‘raksasa’ ciptaan Amerika, EU

KANAK-kanak dengan luka olok-olok mengangkat sepanduk yang mempunyai wajah mirip Benjamin Netanyahu semasa protes yang diseru oleh gerakan Islam Hamas di bandar selatan Sidon, Lubnan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menyifatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai ‘raksasa’ yang dicipta oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Empayar Amerika Syarikat (AS).

Maduro turut membandingkan Netanyahu dengan Adolf Hitler dan menganggap diktator Nazi itu sendiri tidak berani bertindak seperti yang dilakukan oleh pemimpin Israel.

Beliau mengkritik arahan Netanyahu kepada pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan untuk berundur dari kedudukan mereka.

“Netanyahu mempunyai ‘keberanian’ untuk memberi arahan kepada pasukan pengaman PBB yang berada di selatan Lubnan di bawah arahan Majlis Keselamatan,” katanya.

Terdahulu, Maduro menyifatkan situasi di Asia Barat bukan sekadar konflik, tetapi projek penjajahan AS, United Kingdom (UK) dan Eropah untuk mengawal rantau itu.

“Netanyahu mengebom hospital, sekolah, masjid dan kem pelarian di Gaza. Adakah ini perang? Ini adalah pembunuhan beramai-ramai,” katanya.

Beliau turut menuduh Israel membunuh Setiausaha Agung Hezbollah, Hassan Nasrallah dan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh untuk menghalang perjanjian gencatan senjata.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN