Muhamad Zairi hilang anak, adik serentak

Muhamad Zairi hilang anak, adik serentak

MUHAMAD Zaimi Shariff (atas) dan Muhamad Azizul Fitrie Muhamad Zairi terkorban dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 42, Lebuhraya Pantai Timur di Bentong, Pahang. - FOTO/JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Muhamad Zairi Shariff, 48, tidak menyangka kehilangan dua insan tersayang serentak dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini kira-kira pukul 3 pagi, semalam.

Dalam kejadian itu, Muhamad Zairi kehilangan adik tersayang, Muhamad Zaimi, 35, dan anak bongsunya, Muhamad Azizul Fitrie, 23. Lebih menyedihkan, ia berlaku selepas 10 hari kematian bapanya.

Kejadian itu menyebabkan tiga orang maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kereta, sebuah lori tiga tan dan dua buah treler.

Selain Muhamad Zaimi dan Muhamad Azizul Fitrie yang menaiki lori, turut maut, Mohd. Ridzuan Zulkafly, 36, yang menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Xpander.

Mohamad Zairi berkata, dia tidak menyangka sikap pelik adiknya yang seolah-olah melarikan diri daripadanya dan suka bersendiri sejak semalam, menjadi petanda adik bongsunya itu pergi buat selamanya.

Ceritanya, sebelum kejadian, adiknya itu yang biasanya mesra tiba-tiba suka menyendiri sejak tengah hari semalam sehinggalah kali terakhir mereka bertemu pada waktu malam sebelum kejadian, sebelum bertolak ke Kelantan selepas melakukan kerja pengubahsuaian sebuah premis di Putrajaya.

“Masa sama-sama ke kedai makan dia seolah-olah mahu menghilangkan diri dan menyendiri tetapi saya tidak berasakan apa-apa. Anak saya pula hanya menyatakan dia berasa sakit perut tetapi tidak menunjukkan perlakuan yang pelik.

“Saya tidak sangka anak dan adik saya akan pergi buat selama-lamanya selepas 10 hari bapa saya meninggal dunia,” katanya ditemui di sini, semalam.

Dalam pada itu, Zaleha Shariff, 46, berkata dia tidak menyangka adik dan anak saudaranya akan pergi buat selamanya kerana kali terakhir dia melihat status adiknya yang dalam perjalanan pulang ke Kelantan ialah pada pukul 2.47 pagi.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN