Mayat lima lelaki tanpa kepala dalam beg plastik

Mayat lima lelaki tanpa kepala dalam beg plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Polis Mexico menemukan mayat lima lelaki yang dipenggal di jalan raya di negeri Jalisco, ketika kerajaan baharu negara itu menghadapi tekanan untuk menyekat jenayah terancang.

Menurut pejabat pendakwa raya negeri, pengguna jalan raya tersebut menjumpai beg plastik yang mengandungi mayat di daerah Ojuelos, di timur laut Jalisco pada Ahad.

“Satu laporan diterima menyatakan bahawa di garisan jalan, terdapat beberapa beg yang kelihatan seperti bayangan tubuh manusia,” katanya.

Anggota Pengawal Kebangsaan tiba di lokasi kejadian menemukan mayat lima lelaki tanpa kepala.

Pihak berkuasa juga menjumpai sebuah beg berdekatan yang dipercayai mengandungu kepala mangsa, menurut kenyataan daripada pejabat pendakwa raya.

Pakar forensik kini giat meneruskan siasatan di kawasan itu untuk mendapatkan bukti lanjut dan cuba mengenal pasti identiti mangsa.

Pembunuhan kejam dengan mayat dilupuskan secara terbuka biasanya menunjukkan penglibatan kartel dadah di Mexico.

Jalisco adalah pusat kepada salah satu kumpulan jenayah terancang yang paling berkuasa dan ganas di Mexico, Jalisco Nueva Generacion Cartel (CJNG).

Menurut angka rasmi, 1,415 orang dibunuh di negeri Jalisco antara Januari hingga September tahun ini.– AL JAZEERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN