SABAK BERNAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukan kira-kira RM18 juta bagi melaksanakan program pemulihan riqab menerusi pusat-pusat perlindungannya di seluruh negeri. Timbalan Setiausaha (Operasi), Dr. Norzaihan Mohd. Zain berkata, bantuan tersebut adalah secara keseluruhan pada setiap tahun dalam inisiatif MAIS membantu memberi perlindungan dan bimbingan kepada individu yang mengikuti programnya. Menurutnya, daripada jumlah tersebut juga sebanyak RM3 juta diperuntukkan pada tahun ini bagi operasi Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.…










