Bahagian tubuh dalam peti sejuk milik gadis hilang 19 tahun lalu

Kepala, tangan dalam peti sejuk milik gadis hilang 19 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARIZONA: Kepala dan tangan manusia yang ditemukan dalam peti sejuk pada awal tahun ini, dikenal pasti milik seorang gadis Colorado berusia 16 tahun yang hilang pada 2005.

Bahagian tubuh itu ditemukan pada 12 Januari lepas dalam sebuah perkakas di kediaman blok 2900 Pinyon Avenue di Daerah Mesa Colorado, berhampiran bandar Grand Junction.

Pihak berkuasa berkata, mereka dipanggil ke tempat kejadian oleh seorang individu yang mendakwa peti sejuk itu ditawarkan secara percuma oleh pemilik baharu kediaman tersebut.

Melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA), Pejabat Koroner Daerah Mesa mengenal pasti mayat tidak sempurna itu sebagai Amanda Leariel Overstreet, iaitu anak kandung kepada pemilik rumah sebelum ini.

Overstreet dipercayai berusia sekitar 16 tahun ketika hilang.

Pihak berkuasa memberitahu, mangsa tidak pernah dilihat atau diketahui keberadaannya sejak April 2005.

Menurut Pejabat Sherif Daerah Mesa, siasatan mengenai kehilangan Overstreet kini tertumpu kepada kediaman tersebut, namun pemilik baharu rumah terbabit tiada kaitan dengan kes berkenaan.

“Rumah itu dibeli, diubah suai sepenuhnya dan dijual kepada pemilik semasa.

“Kami menggesa semua untuk menghormati privasi pemilik semasan dan jiran sekitar serta mengelakkan memandu berhampiran rumah atau mengambil gambar,” kata pejabat sherif.

Pejabat itu berkata, tiada rekod bahawa Overstreet pernah dilaporkan hilang.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN