GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan lebih 700,000 orang terpaksa berpindah di Haiti, dengan separuh daripadanya adalah kanak-kanak, ekoran keganasan berkumpulan di negara itu. Haiti antara negara termiskin di dunia yang terjerumus ke dalam anarki, di mana kumpulan samseng mengambil alih Port-au-Prince, menyebabkan sistem keselamatan dan kesihatan berada dalam keadaan kritikal. Agensi Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi PBB (IOM) melaporkan, sekitar 702,973 orang dipindahkan di negara Caribbean itu menjelang awal bulan…










