Kamala Harris tuduh Iran bahaya, gugat kestabilan Asia Barat

Kamala Harris tuduh Iran bahaya, gugat kestabilan Asia Barat

KAMALA HARRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris mendakwa Iran adalah kuasa ‘berbahaya’ dan menggugat kestabilan di Asia Barat.

Calon presiden Demokratik ini menegaskan, Washington tetap komited terhadap keselamatan Israel, yang kini berdepan ancaman serangan Teheran.

“Saya akan sentiasa memastikan Israel mempunyai keupayaan untuk mempertahankan dirinya daripada Iran dan kumpulan yang disokong oleh Iran.

“Saya menyokong sepenuhnya arahan Presiden Joe Biden untuk tentera AS menembak jatuh peluru berpandu Iran yang menyasarkan Israel,” katanya.

Kenyataan Harris dibuat beberapa jam selepas Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke arah Israel kelmarin, sebagai tindak balas kepada kempen ketenteraan rejim di Lubnan.

Tiada kecederaan dilaporkan di Israel dan Washington menyifatkan serangan Iran sebagai tidak berkesan.

Harris berkata, Washington akan bekerjasama dengan sekutunya untuk mengganggu tindakan agresif Iran.

“Petunjuk awal ialah Israel dengan bantuan kami, berjaya mengalahkan serangan ini,” katanya.

Israel meningkatkan kempen ketenteraannya di Lubnan sejak beberapa hari kebelakangan ini, mengorbankan ratusan nyawa dan lebih sejuta orang hilang tempat tinggal akibat operasi yang menyasarkan kumpulan Hezbollah.

Kempen ketenteraan di Lubnan adalah tambahan kepada perangnya di Gaza, yang berlarutan hampir setahun sejak 7 Oktober tahun lalu.

Serangan di Gaza membunuh lebih 41,000 orang, selain mengakibatkan krisis kemanusiaan terburuk terhadap wilayah itu.– REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×