BAGHDAD: Kementerian Kesihatan Iraq melaporkan kira-kira 100 bayi baru lahir dinamakan ‘Nasrallah’ selepas pembunuhan Setiausaha Agung Hezbollah, Hassan Nasrallah oleh Israel di Lubnan. Beberapa media tempatan mengesahkan, kelahiran ini didaftarkan di pelbagai wilayah di Iraq. Menurut satu sumber, nama tersebut diberikan sebagai penghormatan kepada pemimpin kanan kumpulan itu. Nasrallah terbunuh dalam serangan Israel di pinggir selatan Beirut pada akhir bulan lepas. Dilahirkan pada 1960, beliau menyertai Hezbollah pada 1982, ketika…