Tindakan susulan terhadap premis perniagaan GISBH dibawa ke MMK - Utusan Malaysia

Tindakan susulan terhadap premis perniagaan GISBH dibawa ke MMK

J. ARUL Kumar (tiga dari kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon (tiga dari kiri) melihat projek manaik taraf longkang yang dilaksanakan di Taman AST, Seremban hari ini.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebarang tindakan susulan termasuk arahan berkaitan penurunan papan tanda ke atas premis perniagaan membabitkan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang dikesan di negeri ini akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) esok.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, setakat ini belum ada apa-apa tindakan susulan yang diambil susulan siasatan pihak berkuasa terhadap ahli dan pengikut membabitkan syarikat tersebut letika ini.

“Bagaimanapun, saya akan membangkitkan dalam mesyuarat Exco esok, memandangkan beberapa kerajaan negeri telah mengambil tindakan ke atas premis perniagaan GISBH.

“Jika ada keputusan, kita akan membuat tindakan seterusnya daripada segi operasi perniagaan milik GISBH tersebut. Setakat ini, saya dimaklumkan beberapa premis perniagaan GISBH di Bandar Baru Enstek dan Seremban 2 telah pun tutup,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, beberapa premis perniagaan milik GISBH di Seremban 2 dan Bandar Baru Enstek dilihat tidak lagi beroperasi dan tutup dipercayai susulan siasatan pihak polis terhadap pemimpin, ahli dan pengikut syarikat itu baru-baru ini.

Premis perniagaan GISBH di sekitar Seremban 2 dan Bandar Baru Enstek antaranya melibatkan kedai runcit, restoran serta kedai roti.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN