BANGKOK: Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh Taufan Yagi menjejaskan hampir enam juta kanak-kanak di seluruh Asia Tenggara. Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) berkata, akses kepada air bersih, pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan dan perlindungan terjejas akibat taufan berkenaan. Taufan Yagi membawa angin kencang dan hujan lebat ke Vietnam, Thailand, Laos dan Myanmar ketika ia membadai wilayah itu hampir dua minggu lalu. Thailand melaporkan tiga lagi kematian hari ini, menjadikan jumlah…










