PETALING JAYA: Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris berpandangan stesen televisyen berhak memutuskan untuk menarik balik atau tidak gelaran Da’i atau Pencetus Ummah bermasalah yang lahir daripada program terbitan stesen berkenaan. Menurut Amin, keputusan tersebut terletak di bawah bidang kuasa stesen TV yang melahirkan Da’i dan Pencetus Ummah. “Kita kena semak dahulu, adakah gelaran ini satu bentuk pentauliahan atau pengiktirafan dalam bidang ilmu sehingga ada keperluan untuk ia ditarik semula.…