BEIRUT: Penduduk Lubnan di Dahiyeh, selatan Beirut memilih untuk berhijrah ke Syria selepas kawasan tersebut tidak lagi selamat didiami ekoran serangan bertubi-tubi tentera Israel sejak bulan lalu. Menurut orang awam, mereka memilih untuk ke Syria yang terletak kira-kira 368 kilometer dari Dahiyeh kerana tidak memerlukan visa untuk merentas sempadan. Ini memandangkan keadaan konflik di sana mulai reda, selain faktor harga sewa rumah yang lebih murah. Arab News melaporkan, walaupun konflik…