Russia ubah doktrin nuklear kerana campur tangan Barat

Russia ubah doktrin nuklear kerana campur tangan Barat

PELURU berpandu balistik antara benuar Yars dilancarkan semasa latihan nuklear, dari kosmodrom Plesetsk di wilayah Arkhangelsk Utara, Russia.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia memberi amaran akan membuat perubahan terhadap doktrin penggunaan senjata nuklearnya, sebagai respons kepada campur tangan Barat dalam konflik antara Moscow dan Kyiv.

Timbalan Menteri Luarnya, Sergei Ryabkov berkata, pihaknya sedang mengusahakan perkara tersebut dan ia dibuat ekoran peningkatan campur tangan oleh musuh Russia berhubung dengan konflik Ukraine.

“Kerja-kerja mengubah doktrin sudah memasuki fasa akhir. Ia perlu dilakukan mengambil kira keadaan semasa serta ancaman berterusan yang diterima daripada Barat yang menyokong Ukraine,” katanya kepada agensi berita Tass, semalam.

Ryabkov menambah, pihaknya tidak pasti bilakah perubahan itu akan dilaksanakan kerana ia melibatkan isu kompleks iaitu keselamatan negara.

Doktrin nuklear sedia ada, yang dinyatakan dalam dekri Presiden Vladimir Putin pada tahun 2020 menyatakan Russia mungkin menggunakan senjata nuklear sekiranya berlaku serangan nuklear oleh musuh atau serangan konvensional yang mengancam kewujudan negara.

Putin pada Jun lalu berkata, doktrin nuklear boleh berubah bergantung kepada peristiwa dunia.

Moscow menuduh Barat menggunakan Ukraine sebagai proksi untuk melancarkan perang terhadap Russia, yang bertujuan memecahbelahkan negara ini.

Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya pula menafikan tuduhan tersebut, menyatakan bahawa pihaknya membantu Ukraine mempertahankan diri daripada serangan Russia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN