LIPIS: Apabila menyebut namanya, pasti ramai tidak kenal lepat batang buruk yang merupakan kuih warisan tradisional Pahang. Kuih ini memiliki tekstur seperti kuih koci berintikan kelapa, namun dibungkus menggunakan daun pisang seperti lepat. Selain kuih tiga beradik terdiri daripada badak kubang, pepena dan dodol kukus, lepat batang buruk turut memiliki keistimewaan tersendiri yang perlu terus dipulihara serta dikekalkan supaya tidak pupus ataupun berdepan risiko lenyap ditelan zaman. Pengusaha kuih tradisional,…









