ARAU: Pembentukan syarikat SG4 Group Sdn. Bhd. (SG4) membabitkan empat negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) berpotensi untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Bagaimanapun, keberkesanannya bergantung kepada pengurusan yang telus dan cekap bagi mengelak sebarang skandal atau penyelewengan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pensyarah kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perlis, Dr. Shamshul Anaz Kassim berkata, SG4 perlu memastikan bahawa risiko penyelewengan, ketidaktelusan dan peningkatan…