Pesawah, belia lega masalah bekalan baja lewat selesai

Pesawah, belia lega masalah bekalan baja lewat selesai

MOHD. Fitri Daniel Azhar mengambil upah membaja sawah di Kampung Sungai Manik di Pasir Salak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Masalah bekalan baja padi lewat untuk pesawah di Sungai Manik di sini berjaya diselesaikan. Ia bukan sahaja melegakan pesawah tetapi juga golongan belia kampung yang mengambil upah kerja-kerja sawah.

Masalah itu menyebabkan golongan belia yang bekerja kampung, hilang punca pendapatan apabila tidak mendapat kerja menabur baja di sawah.

Namun, mereka kini lega apabila bekalan baja yang dibekalkan kepada pesawah baru-baru ini membolehkan mereka kembali memperoleh upah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang belia di Sungai Ma­nik di sini, Mohd. Fitri Daniel Azhar, 22, lega kerana kembali dapat upah meracun sawah di kampungnya.

Katanya, semasa tempoh menunggu bekalan baja, dia hanya mengambil upah meracun rumput untuk pesawah.

“Sebelum ini saya tak banyak dapat kerja membaja di­sebabkan pesawah tidak mendapat bekalan baja. Namun baru-baru ini pihak Nafas (Pertubuhan Peladang Kebangsaan) sudah menghantar bekalan baja.

“Secara tidak langsung ia memberikan saya banyak upah untuk membaja. Sebelum ini, memang tak banyak pesawah mengupah saya untuk membaja kerana mereka menunggu bekalan baja.

“Upah membaja RM30 seekar dan dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari saya boleh membaja sehingga lebih 20 ekar. Jika saya larat, saya akan sambung membaja pada sebelah petang.

“Saya bersyukur masalah kelewatan baja dapat diselesaikan sekaligus membolehkan saya mengambil upah membaja padi,” katanya.

Pesawah sebelum ini lewat menerima bekalan baja akibat daripada kelewatan tawaran kontrak baharu, Surat Setuju Terima (SST) pembekalan baja kepada Nafas dan ia berjaya diselesaikan, baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini