JOHOR BAHRU: Seorang murid perempuan tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya di sini, dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dipercayai terhidu bahan kimia. Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Zaini Kasirin berkata, murid tersebut dihantar ke HSA kerana semput akibat dipercayai terhidu bahan kimia dari Sungai Tebrau bersebelahan sekolah berkenaan, kira-kira pukul 10 pagi semalam. “Pada pukul 12 tengah malam semalam, bau kuat dari…










