Paus ‘pengintip’ Russia, Hvaldimir ditemukan mati

Paus ‘pengintip’ Russia, Hvaldimir ditemukan mati

BANGKAI Hvaldimir ditemukan terapung di kawasan luar bandar Risavika, pada Sabtu lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RISAVIKA, Norway: Seekor paus beluga yang dipercayai dilatih sebagai pengintip oleh Russia, ditemukan mati di selatan Norway, pada Sabtu lalu.

Bangkai haiwan tersebut yang diberi nama Hvaldimir, ditemukan terapung di kawasan luar bandar Risavika oleh Marine Mind, sebuah organisasi yang mengikuti pergerakan paus itu selama bertahun-tahun.

Pengasas Marine Mind, Sebastian Strand, memberitahu agensi berita AFP, punca kematian belum diketahui kerana tiada kecederaan pada tubuh Hvaldimir.

“Bangkai haiwan itu telah dibawa ke pelabuhan terdekat untuk pemeriksaan.

“Ia akan dibedah siasat oleh institut veterinar,” katanya kepada AFP.

Paus tersebut pertama kali dilihat di perairan Norway lima tahun lalu, dilengkapi kamera GoPro yang dipasang pada badannya dan tertera perkataan ‘Peralatan St Petersburg’.

Penemuan tersebut juga menarik perhatian kerana paus beluga jarang dilihat sejauh itu.

Ini menimbulkan spekulasi mamalia itu mungkin merupakan paus pengintip Russia, sesuatu yang menurut pakar pernah berlaku pada masa lalu.

Moscow tidak pernah memberi respons terhadap dakwaan tersebut.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN