BAGAN DATUK: Sebuah mesin taip yang didakwa berusia lebih 100 tahun antara koleksi barang berharga buat peminat barangan antik, Surgi Gharib, 81. Dia mendakwa mesin taip itu dibuat pada tahun 1914 yang digunakan semasa Perang Dunia pertama (WW1). Mesra dengan panggilan Wak Surgi, katanya, mesin taip tersebut dibeli ketika dia bekerja di sebuah jabatan awam. “Saya mula minat terhadap barangan antik sejak di bangku sekolah dan mengumpul barang-barang lama yang…










