PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan ideologi politik, agama dan kaum demi meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di seluruh negara, semalam. Di sebalik perbezaan yang timbul melibatkan pelbagai perkara, sambutan Hari Kebangsaan 2024 dapat diadakan dengan meriah dan penuh semangat perpaduan. Masyarakat berbilang kaum secara beramai-ramai memenuhi lokasi sambutan bagi menyaksikan acara yang berlangsung, pada masa sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh kesyukuran. Lebih 100,000 orang hadir di Dataran Putrajaya bagi…