BAITULMUQADDIS: Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menggesa supaya mengehadkan pergerakan rakyat Palestin di Tebing Barat dan melaksanakan hukuman mati terhadap tahanan Palestin di penjara. Menerusi hantaran di akaun X, Ben-Gvir menggesa supaya jumlah sekatan ketenteraan di Tebing Barat ditambah dan menyekat pergerakan rakyat Palestin di wilayah itu. Kenyataan itu dibuat susulan kematian tiga anggota polis Israel dalam satu serangan tembakan berhampiran Hebron di selatan Tebing…