Lelaki Afrika tipu warga Jepun ditembak mati

Lelaki Afrika tipu warga Jepun ditembak mati

Lelaki Afrika yang ditembak mati dalam kejadian di sebuah kediaman, Bandar Puchong Jaya, Serdang, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Seorang lelaki warga Afrika ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis dalam kejadian di sebuah kediaman di Bandar Puchong Jaya, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kejadian pada pukul 10.50 malam itu berlaku apabila suspek tidak memberi kerjasama.

“Sepasukan pegawai dan anggota JSJ yang menerima maklumat berdasarkan risikan telah pergi ke lokasi unit kediaman di tingkat sembilan berhampiran Menara KLH ini untuk memberkas suspek.

“Suspek menyerang anggota polis dengan melepaskan dua das tembakan sehingga memaksa polis melepaskan tembakan balas,” katanya.

Kata beliau, pemeriksaan menemui dua bilah parang, beberapa nombor pendaftaran palsu, sebuah beg mengandungi wang palsu.

Kata Mohd Shuhaily, secara keseluruhan dua ahli kumpulan penjenayah itu sudah ditembak mati manakala tiga lagi lelaki ditahan.

Kata beliau, maklumat mengenai suspek diperoleh selepas menerima laporan kejadian samun membabitkan seorang lelaki warga Jepun diperdaya urus niaga palsu yang diaturkan kumpulan suspek, 25 Ogos lalu.

“Kejadian tersebut berlaku di Mid Valley, Kuala Lumpur yang mana mangsa mengalami kerugian sebanyak ASD 30,000 (bersamaan RM130,000),” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN